Pages

Monday, December 30, 2013

2013 yang terakhir









Kenapa baru tahun ni aku rasa macam kita punya ikatan tu rasa ikhlas ? Rasa macam- betul betul selesa untuk berkawan, untuk berjumpa, untuk bercerita. Bila tak ada , rindu. Bila ada, rimas menyampah. Kenapa baru tahun ni ? 

Ibu cakap mungkin baru sekarang fikiran nak matang. Bila ramai dah kawan pergi masuk sbp/voka/teknik , baru kita tahu siapa yang tinggal dan yang ada dengan kita sekarang. Ala, nanti lepas spm cerita macam semua satu sekolah balik aje

Tahun ni aku rasa macam - tahun aku paling tak berpuak. Dulu pun tak, cuma tak ada lah sampai ajak dorang lepak sama sama, ajak tusyen sekali. Tahun ni , LAIN. Aku macam dah ada hati- macam manusia normal. Sebelum ni kejam sikit

Kat kelas pun kami tak ada lah honeymoon sangat, Time belajar- belajar. Time main- main . Tu yang sampai pengetua turun padang nak halau kita suruh masuk kelas tu. Suka sangat lanjutkan waktu PJ , dengan alasan "Kesian cikgu robalqis, selalu rindukan kami. Waktu pj 2 kali aje seminggu , hm "

Kalau ditanya , dalam banyak banyak benda yang jadi tahun ni, apa yang paling aku tak suka. Aku akan jawab- KORANG LUPA JAGA TEMPAT AKU MASA AWAL TAHUN YANG AKU TAK DATANG 2 MINGGU PERTAMA BUKAK SEKOLAH TU. Pastu aku kena duduk belakang sorang sorang :( aku benci semua orang untuk tu. semuaa !! 

Kalau ditanya , peristiwa yang paling aku suka . Hm ... banyak , berbaik dengan Aiman boleh jadi. Jadi hero dekat gunung ledang pun boleh jadi ... Dapat tengok nafas terakhir unyang pun boleh..... entah lah 

Jadi, konklusi untuk tahun ni , Alhamdulillah aku seronok. Aku tak rasa sedih walaupun tahun 2013 ni tahun yang paling banyak masalah datang kat aku. Aku seronok beeeettuuul ah , bukan perli. Tahun ni ajar aku jadi bongok buat tak kisah aje. ha hahaha , macam bila orang kutuk , aku cakap "tak kisah tak kisah wekk" ha aiman ah ajar tu 

Byeeeeee 2013, terima kasih banyak ngajar aku ngadap masalah. Terima kasih sebab buatkan aku lebih terurus, aku tak pernah tak hilang buku teks tau ! tapi tahun ni semua cukup. Aku tak pernah siap homework sepanjang tahun, tapi tahun ni, tak ada yang tinggal walaupun aku pergi kem sana sini ! Tak pernah aku dapat wakil kebangsaan selama aku hidup sebab aku ni lopek, tapi tahun ni aku dapat !  Tak pernah cikgu bagi aku kepercayaan setinggi tahun ni, tak pernah orang hargai aku setinggi tahun ni, tak pernah aku matang sematang tahun ni 

Yeay 

2 comments:

  1. Budak...
    sedar tak sedar....kau da dewasa
    hati telah menjadi matang....
    selari dengan itu....
    matangkanlah pemikiran jangan duduk ditampuk lama.....
    bergerak selagi ada kudrat....
    kerana harijadimu kini boleh sudah digelar hari tua......
    jangan sia siakan kehidupan yang diberi...
    kutip segala apa yang perlu..
    untuk dibawa ke kampung akhirat...
    tiada apa yang mustahil dicipta di dunia...
    tapi manusia itu sendiri yang memustahilkan pemikiran mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sekarang memang dah fikir, tiada apa yang mustahil. terima kasih

      Delete