Pages

Monday, December 14, 2015

Sayangsayang


4 orang adik beradik, First 2- abang . 3rd- Aisyah. The last one is Khadijah. Sekarang dah nak masuk 14 ! cepat sangat masa berlalu.

Yusuf , Dia seorang abang yang sangat sangatlah sabar orangnya. Dia suka loya buruk, yang macam terlampau buruk sampai tak kelakar langsung, jadi menyakitkan hati. Dari dia kecil, dia macam ada serious opinion terhadap polis. Dia suka motor polis, Dia suka baju polis. Semua pasal polis, dia suka. Masa Sekolah menenangah, dia masuk kadet polis, Dia perform gila. I look up to him, so aku pun sahut cabaran masuk kadet polis. Niat nak terus perform, Tapi aku tersembunyi belakang bayang bayang dia sebab jurulatih tak panggil aku Aisyah, Dorang panggil aku UCOP. ok which is sad. Dia habis smk, Dia masuk politeknik, Terpilih dalam pasukan tentera simpanan. Dia serious gila dengan apa yang dia ada. Sekarang dia bekerja dengan kerajaan sebagai warden penjara. Dia lepaskan kerja sebagai pegawai bank yang gaji lagi iarasfsuafhuefh hanya kerana dia minat dengan pekerjaan penjara tu. Macam macam aku belajar dari dia dengan hanya tengok cara hidup dia. Dia bukan lalang, Dia suka apa yang dia suka, Orang kutuk orang rendahkan pendapat dia, Dia memang terasa, Tapi tak bermakna dia akan tukar pendapat. Dia penyabar dan sangatlah periang. Aisyah doakan jodoh kau sampai cepat ok cop ! :*

Ismail, Orang kata anak kedua ni selalunya macam blacksheep en? macam banyak problem bagai. HAHAHAHAH sikit ah !! Mail gangster, adoy gangster sangat sampai masa aku smk dulu, budak lelaki takut nak kawan dengan aku. Pastu orang kata aku yang benci sangat lelaki & memilih. Mail ni, sangatlah disayangi oleh cikgu. Macam gangster2 dia pun, dia sangat hormat pd orang tua. Dia nampak macam biasa, tapi sebenarnya study power je. Jenis slow and steady. Kadang kadang dia berpegang pada konsep hero kalah awal untuk cover kecorotan dia. Dia bukan penyabar. BUKAN. terutama bila baru bangun tidur, mashaAllah, rasa nak sepak sepak je. sikit sikit nak marah. Apahal entah. Tapi sejujurnya, dia sangat rajin cari duit. Jenis tak boleh duduk diam, ada je benda nak buat. Sangat protective, sayang adik adik. DAN cerewet . OH ! dia lah yang hasut aku suruh pujuk ayah cakap nak berhenti sekolah agama. Sebab dialah aku sekolah agama sampai darjah 3. semua sebab dia. hahahahha

Aisyah - ok ............ aku anak ketiga, ibu selalu confuse sapa anak bongsu sebab aku super manja. Atau ijah selalu panggil mengada. bye

Khadijah- My baby ! Masa dia kecil, dia takda gigi sebab asyik makan gula gula, so aku selalu mengadik tirikan dia, bila dia bercakap dengan aku, aku tolak kepala dia jauh jauh sebab geli dia takda gigi. sumpah jahat gila, tapi masa tu aku baru 6 tahun, apa aku nak fikir? hahahahaha, lagipun dulu aku macam susah nak terima kehadiran dia, come on, aku jadi bongsu lama kot. the only girl pulak. tetiba datang mangkuk ni, ambil takhta bongsu. Dulu, aku selalu bergaduh dengan dia. Baling remote, bantal, mangkuk, tu semua biasa. Ibu selalu marah aku sebab layan jija teruk. Tapi sekarang, bila dah besar, masing masing boleh fikir. Dunia pun terbalik. Aku sangat rapat dengan dia. Mana aku pergi, ijah mesti ada. Apa aku rasa, ijah mesti tahu. Aku sayang sangat kat dia, dia satu satunya manusia yang SENTIASA dengar apa yang aku nak cakap walaupun aku dah bagitahu benda tu banyak kali kat dia. Dia baik, penyayang, pembersih, cantik , pandai, she's perfect.